Tuesday, January 12, 2010

Tahun Baru Entri Baru

Salam.....
Heeeee.... Dah lama saya tak active kat sini kan? Sejak dari awal mengandung sampailah sekarang.. Sampai dah banak dah.. hehehe...

Sempena tahun baru 2010, salah satu azam tahun baru saya untuk kembali aktif berblog. Taknaklah selalu saja writer's block. Tak syok.

Apa yang terkini dengan diri saya?

Saya sudah ada anak lelaki!!! Yeay.. Walaupun taklah baru sangat dah tapi nak jugak saya beritahu dunia saya sudah bergelar ibu. Best kan feeling tu.. Hehe.

Yang lain rasanya tiada yang terkini. Biasa-biasa saja. Yang luar biasa ialah kelahiran Rayyan Yushua.

Name: Rayyan Yushua b Zaliazuar
DOB: 16th November 2009
POB: Putra Medical Centre, Sg Buloh
Weight: 3.5kg

Azam tahun baru? Ada, bolehla nak senaraikan kat sini sikit. Bukan nak tunjuk tapi sebagai peringatan kepada diri saya yang sentiasa alpa dan leka.

Azam saya:
1. Saya mahu jadi ibu yang hebat untuk Rayyan Yushua. InsyaAllah.

Rayyan berumur 17 hari.


2. Saya mahu jadi isteri yang menyenangkan dan hebat kepada suami tersayang.

3. Saya mahu menjadi anak yang sentiasa ingat dan rindu kepada ibu bapa saya (saya ada 2 ibu 2 bapa)...yelah ibu dan bapa mertua kan mak abah kite juga kan?

4. Saya mahu menjadi cikgu yang berdedikasi.. InsyaAllah walaupun sekolah saya cinonet saja.

5. Saya mahu menjadi penyabar dan tabah di kala diuji.

6. Saya mahu mengurangkan tahap kemarahan saya dan dapat mengawal tekanan sehari-hari.

7. Saya mahu amalkan gaya hidup sihat!

8. Saya mahu sambung belajar. InsyaAllah..

9. Saya mahu tambah duit poket. Saya jual sutera batik.

10. Saya mahu disayangi kawan-kawan yang menganggap saya kawan mereka.

11. Saya mahu menambah kawan dan kenalan.

12. Saya mahu beli beg baru.. Err, ini sepatutnya bukan menjadi azam.

13. Saya mahu banyakkan membaca.

14. Saya mahu banyakkan menabung. Err.. maksud saya 'tabung kecil' saya.

15. Saya mahu jadi rajin! Termasuklah update blog saya sendiri.





Gaya lentok anak mommy di usia 30 hari


Ok.. Saya mahu masuk tidur. Temankan Rayyan atas katil. Esok jumpa lagi.

3 comments:

ummi Eiz said...

comelll.... congrates... muke mommy byk... tp org ckp bb boy mmg folo muke mak hihi...

haneebee said...

hehehe...tula..semua ckp ikut muka mommy..

haneebee said...

hehehe...tula..semua ckp ikut muka mommy..